13 November 2011

Tahniah !

Tahniah kepada 2 negeri yang telah mencapai penghantaran 100 peratus :

WP Kuala Lumpur (100%)
WP Putrajaya (100%)

Status penghantaran terkini (11.11.11) boleh disemak sekarang.

11 November 2011

Pengumuman

Tarikh penghantaran dilanjutkan sehingga 27 November 2011. Harap Maklum.

04 November 2011

Pengumuman

Senarai sekolah BELUM menghantar pelaporan telah dikeluarkan.  Senarai hanya untuk data yang dihantar sehingga 2 NOVEMBER sahaja.

(*) Hanya data yang boleh diproses sahaja yang diterima.  Mohon kepada semua sekolah untuk ikuti arahan dalam manual yang telah disediakan.

Pengumuman

Perhatian :

Memandangkan masih ada sekolah yang belum menghantar pelaporan sehingga tarikh tutup yang ditetapkan iaitu pada 26 Oktober 2011, 2 November 2011, pihak Teknikal akan melanjutkan penghantaran Data Pelaporan EL4 sehingga 5 November 2011.  TIADA perlanjutan tarikh penghantaran lagi kerana data sehingga 5 November akan diproses terus dan dihantar ke pihak KPM.


Analisis penghantaran akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

Harap maklum

02 November 2011

Pekan, Pahang

GBKSM Pekan, Pahang

Tahniah & Terima Kasih kepada JU & GBKSM Pekan yang telah menghantar L4 masing-masing. Hampir 100 %. Sehingga kini tiada 'pembersihan' namun bersedia jika dimaklumkan terdapat pembetulan/kesilapan teknikal. "Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa"

--

Khairul Nizam Bin Abdul Razak K.B;P.A
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid (M)
Pejabat Pelajaran Daerah Pekan

Pertanyaan Penghataran Data L4

Assalamualaikum
Saya hendak bertanya sikit, saya mengalami kesulitan pada 30 oktober untuk menghantar data selepas zip tu apabila tiba untuk step mukasurat 9/9 seterusnya paparan tu terus log out tanpa saya sempat hendak  menghantarnya tetapi saya telah menghantar kepada negeri Pulau Pinang pada 30 hb.boleh saya tahu tak sebenarnya apa yang tidak kena?terima kasih

Pengumuman

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera/Salam 1Malaysia,

Tarikh tutup penghantaran pelaporan L4 kali ke-2 adalah pada 2 NOVEMBER 2011. Sehubungan itu penghantaran Pelaporan L4 akan DITUTUP pada jam 12.00 tengah malam ini untuk urusan pengumpulan data oleh pihak JK Teknikal. Harap maklum.

Terkini @ Facebook